Ahad, 4 Disember 2011

Mee Goreng

.
Assalamualaikum.


tasbih.

"Kak, order sini yaa."

"Yea dik, makan apa ?"

"Teh O ais dengan Mee goreng.."

"Sebentar yaa.."


************


"Kak, Mee goreng ni memang sedaplah."

"Yeke ? terimakasih."

"Tapi lagi sedap kalau Teh O ais ada sekali.."

"Oh, lupalupa."

"Pfftt.."


.

Sabtu, 10 September 2011

Kembar Siam.

.
Assalamualaikum.

JAYA 89, Melaka.



"Eh, brader. Lu kenapa eh dari tadi asyik pandang gua je ?"

"Waalaikummusalam. Err, mana ada saya pandang awak. Salah orang kot ?"

"Hekeleh, ehem. Assalamualaikum. Lu jangan nak dalih-dalih lah brader. Gua tengok dari tadi, lu asyik stalk gua je. Ada tak puas hati ke ?"

"Huh, relaxlah. Awak salah orang kot ni ? Serius saya mana ada pandang awak. Betul !"

"Abes tu, kalau bukan lu yang pandang gua takkan orang lain kot ? Gua bukan buta bai.!"

"Oh, mungkin dia ?" jari telunjuk menunjuk kearah seseorang.

"Oh, lu ada kembar eh ? Sori brader.

.

Rabu, 7 September 2011

Periuk Mengumpat Belanga

.
Assalamualaikum.

Klcc, Kuala Lumpur


"Eh minah, kau tengok budak perempuan tu. Apa nak jadi lah, pakai baju dedah sana sini"

"Err, budak mana senah ?"

"Yang naik motor Ex5 kaler biru candy tu "

"Oh, budak zaman sekarang senah oi. Pakai harus terdedah sana sini, kalau tak tak kool tau"

"Issh, gilak. Aku taktulah makbapak dorang tu jaga anak macamana, Mesti bagi anak-anak makan duit tak berkat lah tuu."

"Errr.."

"Kalau anak aku Minah, jangankan pakai baju macam ni, keluar rumah pun aku tak bagi"

"Senah.."

"Calon neraka semua nih.Dosa, dosa"

"Senaaahhh."

"Maksiatt mata betullah."

"Senah. senah, senah"

"Yang kau ni apesal, dari tadi dok senah, senah, senah ?!"

"Anak kau lah ?!"


ini blog dialog.

Assalamualaikum wbt.


Penulisan blog ini adalah dialog semata-mata, sama ada dialog merepek atau pun realiti kehidupan sebenar manusia di atas muka bumi. Ambil yang keruh, buang yang jernih ya